Users can share, revoke, and reject access to trading accounts. Access is limited to trading activities and does not include deposits and withdrawals on behalf of the account owner. Account managers can access and manage several shared accounts of different users.
Akses Dikongsi membolehkan pengguna cTrader menyerahkan urusan dagangan kepada pengurus akaun dan pedagang profesional. Pemilik akaun dagangan boleh membatalkan akses pada bila-bila masa, manakala pengurus juga berhak menolak akses jika perlu. Semasa mengurus akaun yang dikongsi, pengguna tidak dapat mengikuti strategi cTrader Copy atau melakukan deposit dan pengeluaran. Oleh itu, pemilik kekal memegang kawalan penuh ke atas akaun mereka serta dapat mempercayai pengurus yang dilantik.
Untuk berkongsi akaun, anda hanya perlu e-mel atau nama pengguna cTrader ID individu yang ingin diberikan akses.
Pemilik dan pengurus, kedua-duanya boleh membatalkan atau menolak akses pada bila-bila masa.
Dengan Akses Dikongsi, kedua-dua pihak boleh melihat statistik dagangan terperinci, seperti laporan urus niaga atau posisi, bagi setiap tindakan yang dilakukan.
Pengurus akaun dikongsi tidak boleh membuat deposit atau pengeluaran dana bagi pihak pemilik akaun.
Pengurus akaun dikongsi boleh menggunakan cBot dan indikator tersuai untuk berdagang.
Akses Dikongsi boleh digunakan dalam semua aplikasi cTrader, termasuk Desktop, Mudah Alih, dan Web. Oleh itu, pemilik boleh menjejaki tindakan pengurus akaun yang mempunyai akses dikongsi pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
1. Pergi ke Tetapan.
2. Pilih tab "Akses Dikongsi".
3. Masukkan e-mel atau ID cTrader pengurus anda, kemudian tekan "Kongsi Akses".
1. Buka menu hamburger utama dan pilih "Urus Akaun Dagangan".
2. Pilih akaun dan tekan "Kongsi Akses".
3. Masukkan e-mel atau ID cTrader pengurus anda, kemudian ketik "Kongsi Akses".
Pedagang profesional boleh meraih lebih banyak manfaat daripada Akses Dikongsi apabila ia digabungkan dengan ciri berorientasikan rakan kongsi lain yang ditawarkan oleh cTrader.
Pengurus akaun boleh menggunakan Strim Carta untuk mengukuhkan reputasi mereka sebagai pedagang berkelayakan tinggi, sekali gus meningkatkan jumlah akaun yang dikongsi dengan mereka.
Pendidik boleh meminta akses ke akaun demo untuk menunjukkan cara pelaksanaan strategi dagangan manual tertentu.
Penyedia perkhidmatan algo boleh membina rangkaian akaun dikongsi yang besar, di mana semua dagangan dijalankan oleh cBots.